Tuesday, 15 May 2012

JAMINAN MAKANAN

Masalah jaminan bekalan makanan menjadi semakin rumit, memandangkan sumber alam semulajadi seperti tanah dan air yang semakin terhad. Selain masalah tanah dan air yang tidak mencukupi, dunia juga berhadapan dengan impak daripada perubahan iklim yang akan mengakibatkan kemarau di sesetengah negara dan banjir di negara yang lain. Tren pengeluaran makanan dunia turut terjejas akibat pencemaran alam, kekurangan sumber bahan bakar serta persaingan dengan penghasilan biodiesel. Pertumbuhan ekonomi yang rancak dan peningkatan taraf hidup sesebuah negara juga mengakibatkan perubahan kepada diet protein berasaskan daging dan ini seterusnya meningkatkan permintaan bijirin untuk makanan ternakan. Akibat daripada peningkatan permintaan makanan yang tidak seimbang dengan bekalan telah menyebabkan kenaikan harga bahan makanan. Pada tahun 2008 kebanyakan negara mengalami krisis bekalan makanan . Negara kita juga tidak terlepas daripada tempias akibat krisis bekalan makanan 2008. Pada masa tersebut, kita menghadapi masalah bekalan atau stok makanan yang rendah, manakala harga makanan meledak dan meningkat.Dalam hal ini, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan bekalan makanan terjamin, harga yang terkawal serta mewujudkan sistem jaringan keselamatan bagi mereka yang berpendapatan rendah. Pengajaran daripada krisis bekalan makanan yang telah berlaku pada tahun 2008 perlu diambil kira dalam perancangan pengeluaran bekalan makanan negara. Sumber-sumber negara seperti tanah, air dan dana kewangan perlu diperuntukkan sewajarnya bagi menjamin bekalan makanan negara di tahap yang selamat dan selesa, dan dalam masa yang sama, sektor agro-makanan akan terus berkembang maju dan berdaya saing, sama dengan sektor lain.

Friday, 11 May 2012

JAMINAN MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang atau gizi seimbang ialah satu tabiat pemakanan yang merangkumi semua jenis kelas makanan dari sumber-sumber seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, kekacang, minyak, dan sebagainya. Seimbang di sini bukanlah bermaksud seseorang perlu makan kuantiti setiap kelas makanan dengan sama banyak. Mengikut piramid makanan, seseorang itu perlu mengambil setiap jenis kelas makanan mengikut kuantiti yang ditetapkan. Piramid makanan itu haruslah dipatuhi untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Mungkin kaedah di bawah ini dapat membantu anda menjaga kesihatan tubuh badan agar kelihatan sihat dan ceria.



1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.


 2) Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.


3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.


4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.


5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.


 6) Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.


7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.


8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.


9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.


10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi


11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.


12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

SALAM PERKENALAN



zwani.com myspace graphic comments
Welcome comments




ANUGERAH AIR DARIPADA PENCIPTA


click to create your glitter text


Sesungguhnya hati orang Mu’min sentiasa peka dengan suasana, kenikmatan, peluang dan anugerah yang besar disekitarnya. Ini kerana di jiwa mereka bersemadi iman yang mendalam kepada Rabbnya. Marilah lihat alam disekelilingmu. Pernahkah kita terfikir betapa agungnya anugerah air yang telah Allah limpahkan kepada kita? Setiap hari yang kita lalui; bermula detik subuh untuk berwudhu’ sehinggalah menjelang ‘Isya’ untuk berwudhu’ juga kita sentiasa berinteraksi dengan air. Subhanallah…




Firman Allah Yang Maha Bijaksana: “….dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriamn?” ( Al-Anbiya’: 30) Renungkan wahai saudaraku! Allahu Rabbul Alamiin memberi anugerah kepada hamba-hambaNya yang taat mahupun ingkar air tawar. Dengan air itu makhluk di permukaan bumi baik binatang mahupun tumbuh-tumbuhan dapat melangsungkan kehidupan. Perhatikanlah kehalusan dan kelembutan air hingga ia mampu meresap ke dalam lapisan-lapisan bumi yang tebal, lalu akar tumbuhan pula dapat menyerapnya. Kerana kehalusan inilah air dapat mengalir naik ke puncak batang pohon supaya suhunya dapat dikawal. Subhanallah….maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? “…lalu dengan air itu Kami tumbuhkan kebun-kebun yang berpandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah kaum yang menyimpang (dari jalan kebenaran)” ( An-Naml: 60) Apabila Allah mengizinkan adanya kehendak atau rasa untuk menghabiskan minuman, air tersebut mendorong makanan ke dalam perut binatang sampai pada tempatnya. Lalu Allah memberikan rasa segar bagi yang meneguknya sehingga si peminum menemui kenikmatannya. Tatkala daripada seteguk air manusia menemui kesulitan untuk mendapatkannya, maka sesungguhnya dia rela menyerahkan segala kekayaannya untuk mendapatkan air tersebut. Dia merasai halusnya minuman hingga ia sangat mudah ditelan, tidak lekat dan melekit. Ironisnya,hamba-hamba Allah alpa dari nikmat yang besar ini. Manakala Air diciptakan Allah dapat menghilangkan kotoran yang menempel di badan,pakaian dan sebagainya. Dengan air juga Allah membasahkan debu-debu dan dapat digunakan oleh manusia sebagai bahan binaan bangunan dan keperluan lainnya. Dengan air, setiap yang kering menjadi basah yang tidak mungkin dapat digunakan dalamkeadaan kering. Contohnya seperti simen dan tanah liat. Dengan air, kobaran api yang garang dapat dipadamkan. Kerana air pula ia mampu membesarkan api yang nyaris meragut sesuatu yang disayangi manusia. Dengan banyaknya air di muka bumi, manusia mencipta nostalgia di tasik-tasik, sungai dan jeram, serta lautan membiru. Maka nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan? Pernahkah saudara membayangkan betapa peritnya menelan ubat tanpa seteguk air? Kita bakal tersedak dan tercekik hanya kerana ketiadaan seteguk air. Saluran pernafasan yang tersumbat juga dapat dihindari dengan seteguk air. Rasa penat dan lelah saudara juga dapat disegarkan dengan simbahan air di tubuh badan. Dengan air juga masakan dapat disaji dengan baik,yang adakalanya lebih menyelerakan tersaji dalam keadaan basah. Renungkanlah!! Pada umumnya nikmat-nikmat tersebut memang mudah diperoleh serta amat diperlukan, namun manusia terkadang lupa siapa dirinya. Saat kenimatan-kenikmatan itu Allah sempitkan, kehidupan ini terasa begitu payah dan kacau. Allah Yang Maha Suci dan Maha Besar mengkehendaki untuk menurunkan air dan memudahkannya untuk kelangsungan hidup dunia dan isinya, bermula dari bintang, tumbuhan, dan manusia yang manfaatnya tidak akan terhitung oleh sesiapa pun. Renungkanlah!! Pada umumnya nikmat-nikmat tersebut memang mudah diperoleh serta amat diperlukan, namun manusia terkadang lupa siapa dirinya. Saat kenimatan-kenikmatan itu Allah sempitkan, kehidupan ini terasa begitu payah dan kacau. Allah Yang Maha Suci dan Maha Besar mengkehendaki untuk menurunkan air dan memudahkannya untuk kelangsungan hidup dunia dan isinya, bermula dari bintang, tumbuhan, dan manusia yang manfaatnya tidak akan terhitung oleh sesiapa pun.

PENGGUNAAN AIR

Air adalah suatu anugerah alam yang paling berharga. Namun ia sering dianggap seolah- olah sebagai suatu sumber yang tidak akan putus dan sering diambil mufah dan dibazirkan. Sebagai langkah berjimat cermat dan untuk mengurangkan bil air, kita boleh mengamalkan tips berikut. 







           









 Hentikan titisan ! Titisan air yang deras dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,000 liter sehari! Pembaziran ini dapat dielakkan dengan mengamalkan tips berikut :


  Periksa pemasangan paip. 
 Menutup paip dengan kemas 
 Tukar sesendal Menutup paip semasa menyabun badan.
  cuci sayur dan daging di dalam singki yang dipenuhi oleh sebahagian muatan air. Anda dapat menjimatkan air sebanyak lima belas kali ganda berbanding dengan penggunaan air paip yang sentiasa mengalir.
  Menghadkan masa mandi.
  Gunakan muatan penuh semasa mencuci pakaian dengan menggunakan mesin basuh.Apabila membasuh     pakaian menggunakan mesin basuh, gunakannya dengan muatan pakaian yang penuh kerana jumlah penggunaan air adalah sama banyak sama ada muatan penuh ataupun separuh.
  Jimatkan air semasa di dapur
  Mengawal penggunaan air semasa mandi.

DEFINISI AIR


click to create your glitter text

Seluruh makhluk bernyawa di muka bumi ini pasti memerlukan air untuk hidup, tidak kira sama ada haiwan, manusia mahupun tumbuhan, kesemuanya memerlukan air sebagai sumber kehidupan. Tetapi saya pasti, tidak ramai antara pembaca yang mengetahui apakah erti air? Oleh itu, saya dengan berbesar hati ingin menghuraikan erti air kepada para pembaca sekalian. Air adalah bahan kimia dengan rumus kimia H2O. Satu molekul air mempunyai dua atom hidrogen kovalen terikat pada atom oksigen perseorangan. Air muncul di alam dalam semua tiga negara am dari materi dan dapat mengambil pelbagai bentuk di Bumi. Wap air dan awan di langit, air laut dan gunung di lautan kutub, glasier dan sungai-sungai di pergunungan, dan cecair pada akuifer dalam tanah. Pada suhu dan tekanan yang tinggi, seperti di pedalaman planet gergasi, ia berpendapat bahawa air ada air ionik di mana molekul terurai menjadi sup ion hidrogen dan oksigen, dan pada tekanan bahkan lebih tinggi sebagai air superionik di mana oksigen mengkristal tetapi ion hidrogen mengapung dengan tidak dalam kisi oksigen.