AIR DAN JAMINAN MAKANAN
Tuesday, 15 May 2012
JAMINAN MAKANAN
Masalah jaminan bekalan makanan menjadi semakin rumit, memandangkan sumber alam semulajadi seperti tanah dan air yang semakin terhad. Selain masalah tanah dan air yang tidak mencukupi, dunia juga berhadapan dengan impak daripada perubahan iklim yang akan mengakibatkan kemarau di sesetengah negara dan banjir di negara yang lain. Tren pengeluaran makanan dunia turut terjejas akibat pencemaran alam, kekurangan sumber bahan bakar serta persaingan dengan penghasilan biodiesel. Pertumbuhan ekonomi yang rancak dan peningkatan taraf hidup sesebuah negara juga mengakibatkan perubahan kepada diet protein berasaskan daging dan ini seterusnya meningkatkan permintaan bijirin untuk makanan ternakan. Akibat daripada peningkatan permintaan makanan yang tidak seimbang dengan bekalan telah menyebabkan kenaikan harga bahan makanan. Pada tahun 2008 kebanyakan negara mengalami krisis bekalan makanan . Negara kita juga tidak terlepas daripada tempias akibat krisis bekalan makanan 2008. Pada masa tersebut, kita menghadapi masalah bekalan atau stok makanan yang rendah, manakala harga makanan meledak dan meningkat.Dalam hal ini, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan bekalan makanan terjamin, harga yang terkawal serta mewujudkan sistem jaringan keselamatan bagi mereka yang berpendapatan rendah. Pengajaran daripada krisis bekalan makanan yang telah berlaku pada tahun 2008 perlu diambil kira dalam perancangan pengeluaran bekalan makanan negara. Sumber-sumber negara seperti tanah, air dan dana kewangan perlu diperuntukkan sewajarnya bagi menjamin bekalan makanan negara di tahap yang selamat dan selesa, dan dalam masa yang sama, sektor agro-makanan akan terus berkembang maju dan berdaya saing, sama dengan sektor lain.
Friday, 11 May 2012
JAMINAN MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang atau gizi seimbang ialah satu tabiat pemakanan yang merangkumi semua jenis kelas makanan dari sumber-sumber seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, kekacang, minyak, dan sebagainya. Seimbang di sini bukanlah bermaksud seseorang perlu makan kuantiti setiap kelas makanan dengan sama banyak. Mengikut piramid makanan, seseorang itu perlu mengambil setiap jenis kelas makanan mengikut kuantiti yang ditetapkan. Piramid makanan itu haruslah dipatuhi untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Mungkin kaedah di bawah ini dapat membantu anda menjaga kesihatan tubuh badan agar kelihatan sihat dan ceria.
1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2) Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6) Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
PENGGUNAAN AIR
Air adalah suatu anugerah alam yang paling berharga. Namun ia sering dianggap seolah- olah sebagai suatu sumber yang tidak akan putus dan sering diambil mufah dan dibazirkan. Sebagai langkah berjimat cermat dan untuk mengurangkan bil air, kita boleh mengamalkan tips berikut.


Hentikan titisan ! Titisan air yang deras dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,000 liter sehari! Pembaziran ini dapat dielakkan dengan mengamalkan tips berikut :


Hentikan titisan ! Titisan air yang deras dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,000 liter sehari! Pembaziran ini dapat dielakkan dengan mengamalkan tips berikut :
Periksa pemasangan paip.
Menutup paip dengan kemas
Tukar sesendal
Menutup paip semasa menyabun badan.
cuci sayur dan daging di dalam singki yang dipenuhi oleh sebahagian muatan air. Anda dapat menjimatkan air sebanyak lima belas kali ganda berbanding dengan penggunaan air paip yang sentiasa mengalir.
Menghadkan masa mandi.
Gunakan muatan penuh semasa mencuci pakaian dengan menggunakan mesin basuh.Apabila membasuh pakaian menggunakan mesin basuh, gunakannya dengan muatan pakaian yang penuh kerana jumlah penggunaan air adalah sama banyak sama ada muatan penuh ataupun separuh.
Jimatkan air semasa di dapur
Mengawal penggunaan air semasa mandi.
Monday, 23 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)